Malaysia Aviation Group (MAG) kini perkenalkan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3) iaitu pelan hala tuju 5 tahun dalam mencapai sasaran Malaysia Airlines menjadi 10 syarikat penerbangan terbaik di pasaran dunia.
Untuk makluman umum ketika ini, kedudukan syarikat penerbangan tempatan itu adalah ditangga ke-27 pada senarai syarikat penerbangan terbaik dunia Skytrax. Melalui pelan 2026 sehingga 2030 ini, Malaysia Airlines berpotensi menggandakan pendapatan kepada lebih RM24 bilion dan memacu pertumbuhan lebihi 60% pada pendapatan bersama pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan penerbangan.
Selain mencapai matlamat itu, MAG turut berkongsikan tahap liabiliti kumpulan kini telah alami pengurangan melebihi RM15 bilion serta penghapusan hutang legasi sekitar RM10 bilion. Prestasi itu sekali gus telah mengukuhkan aliran kewangan kumpulan secara berkala dengan perkembangan keuntungan bersih dicapai selama 3 tahun berturut.
Tidak hanya itu tahap kepuasan pengguna juga dilihat meningkat mencapai 84% pada tahun ini berbanding 80% pada 2024. Bersama pencapaian itu, MAG optimis pelan hala tuju 5 tahun ini berupaya dicapai sekiranya komitmen berterusan diteruskan bersama pihak berkepentingan. 