Artikel

Kuching Sarawak Diiktiraf Jadi Antara 15 Destinasi Mampu-Milik Untuk Bersara – Di Dunia

Kuching, Sarawak kini menjadi antara bandar yang menerima pengiktirafan global – susulan tersenarai antara 15 bandar yang mampu milik sebagai pilihan destinasi persaraan di dunia. 

Senarai di bawah tinjauan International Living itu menjelaskan Kuching kini di kedudukan ke-13 bandaraya persaraan pilihan global dan tersenarai 5 terbaik di seluruh Asia.

Kedudukan ini jelas perkongsian Datuk Bandar Kuching, Datuk Wee Hong Seng didasari akan kriteria utama seperti penetapan kadar kos sara hidup yang kompetitif, kualiti hidup yang tinggi, serta akses yang mudah dan berkualiti kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang tersedia di bandar tersebut. Lebih menarik tinjauan turut mendedahkan terdapat sebilangan negara jiran menunjukkan kadar persaraan yang tinggi di Kuching antaranya adalah Singapura.