Memiliki lebih 90 cawangan di pasaran Malaysia, dobiQueen terus optimis untuk meningkatkan sumbangan kepada ekonomi semasa. Berlandaskan komitmen itu, dobiQueen kini menyediakan Program Sokongan Kebajikan Ibu Bapa Tunggal dengan insentif sehingga RM500 sebulan.
Penawaran akses ini tidak sekadar mengukuhkan produktiviti tenaga kerja tetapi menjadi motivasi kepada kumpulan pekerja terlibat untuk memiliki aliran tunai yang lebih baik.
Selain secara aktif menggaji kumpulan pekerja berstatus ibu bapa tunggal, B40 – dobiQueen turut memperlihatkan peningkatan pengguna secara berkala di pasaran. Yang mana data semasa menunjukkan perkhidmatan dobi berupaya memberi penjimatan sehingga 300 jam setahun kepada pengguna untuk memiliki masa sendiri dan keluarga tanpa terbeban dengan tugasan rumah. Mengikut data dobiQueen dengan rekod lebih 15 juta cucian yang diteliti:
- 41% pengguna memiliki masa terluang untuk bersama keluarga
- 32% pengguna dapat laksana aktiviti sosial – makan di luar mahupun beriadah
- 19% pengguna pula miliki masa tambahan untuk tindakan mengurus dan mengembangkan perniagaan
- 8% pengguna memiliki masa untuk laksana penjagaan diri
Penjimatan masa ini jelas dobiQueen tidak hanya hadir berasaskan khidmat mencuci pakaian semata tetapi turut disokong akses teknologi seperti pembayaran tanpa tunai dan akses kod QR yang menjadikan ia pilihan utama untuk membantu pengguna menguruskan masa tanpa terjejas dengan komitmen kos. Untuk perancangan masa hadapan, dobiQueen menyasarkan pertumbuhan yang lebih rancak di pasaran Malaysia antaranya membuka 20 cawangan baharu di bandar utama Sabah dan Sarawak.