Susulan prestasi kumpulan meraih pengukuhan pada awal Disember lalu, Loi Tuan Ee – Pengasas bersama Farm Fresh kini dilaporkan telah melupuskan 50 juta sahamnya bernilai RM132.5 juta pada syarikat pengeluar tenusu tersebut.
Berdasarkan makluman kepada Bursa ini, jualan saham melibatkan 2.66% ini menjadi tindakan pelupusan saham tunggal terbesar Loi pada pasaran terbuka sejak penjualan saham yang dilakukan pada Mei 2024 lalu. Saham tersebut untuk pengetahuan umum, adalah modal saham terbitan Farm Fresh melalui Rainforest Capital Sdn Bhd dan Farchoice Foods.
Walaupun telah menjual kepentingan ini, Loi dijelaskan kekal selaku pemegang saham terbesar Farm Fresh dengan pegangan 37.42% mewakili 703.14 juta saham.