Artikel

Ini Senarai Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025 – Yang LHDN Mahu Pembayar Cukai Ketahui

Apabila menyentuh soal cukai, masih terdapat pelbagai pihak yang kurang peka akan kepentingnya kepada pembangunan Malaysia – tahukah anda, lebih 60% daripada pendapatan negara dijana melalui kutipan cukai, dengan 40% daripadanya disumbangkan oleh cukai langsung!

Hasil kutipan cukai ini sekali gus membolehkan Malaysia membiayai dan menambahbaik infrastruktur negara merentasi sektor utama seperti bidang kesihatan, pendidikan, dan pengangkutan.

Buat pengetahuan umum, keperluan membayar cukai ini tertumpu kepada individu yang memiliki gaji tahunan bersih melebihi RM34,000 setahun. Ini bermakna, jika gaji tahunan anda telah mencapai paras tersebut maka adalah wajib untuk membayar cukai pendapatan pada setiap tahun.

Tetapi jangan bimbang, disebalik peranan melunaskan cukai – pembayar cukai sebenarnya turut miliki pelbagai faedah yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk ketahuinya, ini senarai pelepasan cukai individu tahun 2025 yang boleh dirujuk pembayar cukai Malaysia – menjelang langkah e-filing tahun 2026:

1) Pelepasan Individu

  • Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000)
  • Potongan Tambahan Individu Kurang Upaya (RM7,000)
  • Suami/Isteri/Bayaran Alimoni Kepada Bekas Pasangan (RM4,000)
  • Potongan Tambahan buat Suami/Isteri Kurang Upaya (RM6,000)
  • Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000)
  • Terlibat Kursus Tingkatkan Kemahiran Diri (RM2,000)
  • Potongan buat Bayaran Faedah Pinjaman Rumah Pertama (sehingga RM7,000)

2) Perubatan, Keperluan Khas Dan Gaya Hidup

  • Perbelanjaan Perubatan buat Diri Sendiri, Pasangan Atau Anak (RM10,000)
  • Perbelanjaan Perubatan buat Ibu Bapa dan Datuk Nenek (RM8,000)
  • Perbelanjaan Sokongan Khas buat Orang Kurang Upaya (RM6,000)
  • Berbelanja untuk Gaya Hidup (RM2,500)
  • Perbelanjaan untuk Aktiviti dan Fasiliti Sukan (RM1,000)
  • Berbelanja Alat Pengecas EV dan Mesin Kompos Sisa Makanan (RM2,500)

3) Insurans, Caruman Dan Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP (RM7,000)
  • SSPN (RM8,000)
  • PERKESO (RM350)
  • Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (RM3,000)
  • Insurans Pendidikan dan Perubatan buat Diri Sendiri/Anak/Pasangan (RM4,000)

4) Pelepasan Anak

  • Anak berusia Bawah 18 Tahun dan Belum Berkahwin (RM2,000)
  • Anak Berusia 18 Tahun Ke Atas – Belum Berkahwin dan Belajar Sepenuh Masa Diploma/Ijazah (RM8,000)
  • Anak Berusia 18 Tahun Ke Atas – Belum Berkahwin dan Belajar Sepenuh Masa Matrikulasi/STPM/A-Level (RM2,000)
  • Anak Kurang Upaya Belum Berkahwin (RM8,000) + Pelepasan Tambahan buat Belajar Sepenuh Masa Diploma/Ijazah (RM8,000)
  • Yuran TASKA/TADIKA Berdaftar (RM3,000) – Tuntutan antara Suami/Isteri
  • Pembelian Peralatan Penyusuan Ibu (RM1,000) – Pembayar Cukai Wanita, Potongan sekali setiap 2 tahun

lhd