Artikel

PayNet, AWS Rai 50 Bakat Muda Program Akar – Sasar Hasilkan Lebih Ramai Tenaga Mahir Digital

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bersama sokongan AWS minggu ini secara rasminya meraikan 50 bakat muda, hasil komitmen mereka dalam meningkatkan kemahiran digital selari keperluan khidmat kewangan semasa menerusi Program Akar Powered by AWS re/Start.

Medium ini untuk makluman merupakan inisiatif pembangunan bakat nasional pertama oleh PayNet yang bertujuan merapatkan jurang kemahiran digital di Malaysia.

Sebagai penjelasan para peserta menjalani latihan intensif selama 14 minggu yang merangkumi kemahiran asas pengkomputeran awan dan pembayaran digital, termasuk latihan fizikal selama dua hari dalam program pembangunan berasaskan nilai. Para graduan telah dianugerahkan Sijil Penyertaan AWS re/Start, Sijil AWS Cloud Practitioner, Sijil Pembayaran Digital, serta Sijil Tamat Latihan Program Values-Driven Enrichment, yang melengkapkan mereka untuk memasuki pasaran kerja.

Dengan komitmen bersama AWS ia tidak membantu Malaysia meraih tambahan bakat muda berkemahiran tinggi tetapi turut membantu meningkatkan ekosistem ekonomi negara secara berkala di masa hadapan selari dengan pengembangan teknologi semasa.