Artikel

Aplikasi Semak Status Lesen, Pantau Pemberi Pinjaman Wang Akan Dibangunkan – Pada 2026

Tahun 2026 akan memperlihatkan pembangunan aplikasi baharu bagi menaiktaraf i-KreditKom dilaksanakan – bersama ciri tambahan iaitu kod QR, sijil lesen digital untuk memudahkan para peminjam menyemak status awal lesen syarikat pemberi pinjaman wang yang sah pada pasaran Malaysia. 

Selain semakan status, penambahbaikan aplikasi ini bertujuan untuk menyelesaikan isu ke atas tindakan sebilangan pemberi pinjaman yang mengenakan caj faedah tinggi.

Langkah ini menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada sidang Dewan Negara hari ini bertujuan meningkatkan perlindungan pengguna di samping mengatasi isu pemberian pinjaman dari ah long. Berlandaskan komitmen itu, KPKT sentiasa meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan lebih 300 laman sesawang iklan pemberian pinjaman wang haram telah diturunkan bagi melandaikan risiko penipuan ke atas pengguna Malaysia.

Menariknya penambahbaikan aplikasi ini turut dijelaskan akan dilengkapi dengan skim perlindungan insurans pinjaman sekiranya berlaku sebarang pencanggahan tindakan ke atas pengguna berlandaskan persetujuan pinjaman yang dicapai.