Ekonomi negara setakat Oktober 2025, menunjukkan kemajuan yang positif berikutan kini Malaysia memiliki 17.06 juta penduduk bekerja di pasaran semasa. Pertumbuhan ini secara langsung menunjukkan peluang pekerjaan terus tersedia, hasil sokongan peningkatan pelaburan asing ke Malaysia.

Dengan pertambahan jumlah tenaga kerja di negara ini secara jelas kadar pengangguran di Malaysia turut terkawal di paras 3.0% kepada 518,900 penganggur.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kategori pekerja di Malaysia kini meningkat kepada 12.76 juta orang (74.8%), disusuli penduduk bekerja sendiri pula seramai 3.25 juta orang (19.1%), berstatus majikan seramai 548,800 orang (3.4%) dan pekerja keluarga tanpa gaji seramai 463,900 orang (2.7%).


Ketika ini ekonomi Malaysia dilihat terus berdaya tahan dengan prestasi lebihan dagangan, rizab antarabangsa yang stabil dan rekod eksport tertinggi pada Oktober 2025. Bersama perkembangan itu, DOSM menjangkakan pasaran Malaysia akan kekal berdaya saing, infklusif serta stabil pada bulan-bulan mendatang meskipun cabaran ketidaktentuan perdagangan kekal wujud pada pasaran global.