Artikel

KLIA Terminal 2 Kini Sedia 4 Kiosk Serah Bagasi Sendiri – Atasi Isu Kesesakan Penumpang

Bagi memastikan kumpulan penumpang tidak berdepan isu kesesakan khususnya ketika waktu pelepasan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kini menyediakan 4 kiosk Open Belt Bag-Drop (OBBD) iaitu membolehkan penumpang daftar serah bagasi sendiri di kaunter khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Akses ini mengikut laporan sekali gus menjadikan KLIA Terminal 2 sebagai hab lapangan terbang antarabangsa pertama di Asia dan kedua diperingkat global yang menyediakan kemudahan tersebut selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Edinburgh, Scotland.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini KLIA telahpun memiliki Self-Sevice Baggage Drop (SSBD) namun dengan pengenalan OBBD ini, ia dilihat lebih cekap. Selain mengurangkan kesesakan, reka bentuknya yang terbuka juga memudahkannya disepadukan dengan sistem pengendalian bagasi (BHS) dan menawarkan ruang yang lebih selesa untuk penumpang menggerakkan bagasi.

Malah, sistem ini juga mempunyai penimbang dan membolehkan pembayaran bersepadu untuk bagasi berlebihan sebelum beg dimasukkan ke medium mengangkut bagasi penumpang.