Khazanah Nasional dilihat terus mengurangkan kepentingan mereka dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) – melibatkan pelupusan 135.65 juta saham iaitu mewakili 2.33% pegangan. Tindakan ini sekali gus menjadikan kepntingan Khazanah pada TNB adalah sekitar 15.82%.
Makluman kepada Bursa Malaysia itu, menganggarkan Khazanah berupaya meraih RM1.69 bilion berikutan saham dijual sekitar RM12.46 sesaham.
Selain Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut laksana tindakan yang sama apabila bertindak melupuskan 0.69% kepentingan dalam TNB. Biarpun begitu, KWSP menurut Bursa kekal tampil selaku pemegang saham terbesar TNB dengan 21.25% pegangan.
Secara menyeluruh, tahun ini memperlihatkan TNB alami lebih 13% kemerosotan saham. Situasi ini antaranya turut didorong akan ketidakseimbangan pasaran utiliti tetapi kesan makroekonomi semasa.