Tahun 2026 dijangka akan menjadi tahun yang positif buat pelarasan gaji dan perolehan bonus kepada pekerja di Malaysia – berikutan purata pembayaran bonus dijangka sekitar 2.16 bulan untuk pekerja eksekutif, bukan eksekutif (2.02 bulan) sementara purata kenaikan gaji pula eksekutif (5.33%) dan bukan eksekutif (5.01%).
Tinjauan Gaji di bawah data Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) ini mengikut laporan menjelaskan dinamik tersebut didorong akan prestasi ekonomi yang kian membrangsangkan. Untuk tahun 2025 sahaja, prestasi tersebut telah meningkat dengan 82% syarikat memberikan bonus, manakala hampir 90% syarikat pula akui telah laksana kenaikan gaji pekerja mereka.
Selain pelarasan naik gaji dan bonus, kumpulan majikan turut dilihat cenderung meningkatkan sokongan kemahiran kecerdasan buatan (AI) pada operasi syarikat. Setakat ini 74.1% majikan telah terdedah kepada penerapan AI, sementara 19.1% masih merancang untuk menerapkan sokongan tersebut, diikuti 17.6% pula tidak pasti dan 26% lagi masih tidak miliki perancangan untuk memulakan sokongan AI.
Lebih menarik, manfaat kesihatan turut dijangka akan alami peningkatan susulan kos perubatan disasar melonjak pada 2026. Perluasan faedah itu disasar merangkumi 70.7% program kesedaran kesihatan, 58.5% untuk inisiatif pencegahan penyakit, dan 39.5% pula melibatkan saringan biometrik.