Kesan isu inflasi kos perubatan yang dilihat memberi tekanan kepada penduduk negara – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menyemak keperluan untuk meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi perluaskan kawal selia berhubung isu caj berlebihan di hospital swasta.
Usaha itu menurut perkongsian di Dewan Negara hari ini, tidak sekadar menelitii fi konsultasi tetapi turut akan meluaskan kuasa kawal selia ke atas beberapa caj lain supaya inflasi kesihatan dapat dikawal di pasaran Malaysia.
Berdasarkan rekod tahun lalu, KKM telah menerima 817 aduan dari pengguna kesihatan negara. Daripada jumlah itu terdayoupat 188 aduan telah dikenakan denda ianya merangkumi 70 aduan berkaitan caj konsultasi, 48 aduan adalah caj prosedur, 25 aduan adalah caj ubat dan selebihnya melibatkan aduan isu pengurusan di bawah kawal selia kementerian.
Melihat pada rekod itu, KKM menyeru orang awam untuk melanjutkan aduan mereka kepada laman KKM atau bahagian cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS). Ini kerana, usaha itu akan membantu KKM mengenakan tindakan ke atas fasiliti swasta yang tidak patuhi Akta 586 dan jika didapati bersalah, pihak terlibat berpotensi dikenakan denda sekitar RM5,000 buat pemilik tunggal dan RM15,000 bagi organisasi di bawah Subseksyen 106 (4).