Sejak diperkenalkan di pasaran Malaysia pada akhir 2024, Bolt kini dilihat memaparkan prestasi yang positif apabila pertumbuhan jenama merekokdkan 40% peningkatan pada rekod sukuan. Prestasi itu turut memperlihatkan kemasukan pemandu aktif turut meningkat sekitar 25%.
Selaku pendatang baharu pada pada arena seru-pandu di Malaysia, Bolt dilihat bijak mengatur penawaran khidmat pada pasaran Malaysia. Antaranya menjadi platform seru-pandu pertama yang mengintegrasikan sepenuhnya caj tol dalam sistem tambang aplikasi. Selain itu, Bolt turut perkenalkan ciri premium Executive, yang mana memberi pilihan kepada pengguna korporat memiliki khidmat perjalanan yang lebih eksklusif, di samping perkenalkan ciri Flight Tracking yang menyelaraskan waktu jemputan secara automatik untuk perjalanan penerbangan lewat atau dibatalkan.
Tidak hanya keperluan khusus, Bolt turut tampil menyokong pengangkutan untuk keluarga di bawah Family Profile. Di mana memudahkan pengguna menguruskan beberapa penumpang kalangan keluarganya dalam satu akaun.
Selain akses buat pengguna, Bolt turut memastikan rakan pemandu mereka miliki akses yang setimpal hasil penyertaan mereka pada perkhidmatan bersama operasi. Antaranya adalah pengenalan ciri Instant Early Cash Out, iaitu membolehkan rakan pemandu yang layak mengeluarkan pendapatan mereka pada bila-bila masa tanpa terikat dengan sebarang tempoh pengeluaran.
Melihat pada prestasi yang membrangsangkan pada 2025, Bolt optimis untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan mereka – tidak sekadar tertumpu pada Lembah Klang tetapi menyasarkan perkembangan di bandar-bandar baharu di Malaysia pada tahun 2026.