Untuk terus meningkatkan keyakinan pengguna dan kualiti produknya – Continental kini mengumumkan penawaran Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4×4. Waranti ini untuk makluman terpakai ke atas penggunaan tayar Continental, General Tire dan Viking.
Jelas notis media hari ini, waranti adalah tindakan kepada menggantikan waranti pengilang 5 tahun yang dilaksanakan sebelum ini – di mana ia akan memberi pelindungan sepanjang hayat ke atas kecacatan pengilang yang menghasilkan tayar yang tidak berkualiti. Namun sebarang kerosakan akibat faktor luaran diluar kawalan Continental, contohnya seperti tayar pancit, dipotong, terbelah, atau impak yang disebabkan oleh kerosakan jalan, adalah dikecualikan daripada waranti ini.
Tuntutan ke atas waranti ini dijelaskan hanya akan diterima hanya setelah pemeriksaan dilakukan oleh wakil Continental yang diperakui atau pengedar yang sah. Bayaran balik akan dikira secara prorata berdasarkan purata kedalaman bunga tayar (RTD) yang belum digunakan.

Lebih menarik, penawaran polisi baharu ini turut diberikan kepada penumpang yang telah membeli tayar Continental sebelum pengumuman ini dilaksanakan. Usaha perlindungan baharu ini dilihat akan mengukuhkan lagi reputasi Continental sebagai rakan mobiliti yang dipercayai dalam mengekalkan standard tertinggi mereka terhadap keselamatan dan prestasi, dengan syarat tayar-tayar ini dibeli di Malaysia.