Bagi mengalakkan penduduk negara memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam, pemaju bagi projek perumahan baharu yang berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT dan MRT – kini diseru, disyorkan untuk kurangkan bilangan tempat kenderaan pada kawasan tersebut.
Cadangan ini menurut laporan telahpun dikemukakan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke (MOT) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini kerana penambahan parkir pada unit kediaman berdekatan turut akan meningkatkan harga setiap rumah.
Saranan tersebut dikhususkan untuk projek perumahan baharu, susulan tinjauan MOT mendapati lebih ramai golongan muda memilih kapasiti rumah berdekatan stesen pengangkutan awam untuk meraih penjimatan kos perjalanan. Dengan pengurangan petak parkir itu ia turut mengalakkan peralihan perjalanan penduduk bandar di Malaysia untuk lebih bergantung kepada pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama.