Malaysia kini memaparkan prestasi yang membrangsangkan pada pentaksiran literasi bacaan dan matematik apabila purata pencapaian literasi bacaan 314 mata dan matematik dengan 310 mata. Rekod yang dicapai pada tinjauan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 ini secara jelas menunjukkan prestasi murid Malaysia telah lepasi purata serantau biarpun berlaku penurunan 5 mata berbanding data 2019.

Data ini jelas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) penting untuk sektor pendidikan memahami kelemahan yang didepani murid negara khususnya kumpulan murid yang menjalani tempoh pembelajaran dua tahun pada fasa COVID-19. Lebih menarik 30% murid yang memaparkan prestasi cemerlang ini adalah kalangan berstatus sosioekonomi rendah. Ia sekali gus memperlihatkan peranan sekolah, guru dan komuniti menyumbang kepada pembangunan prestasi tersebut.

Berdasarkan taburan jantina pula, murid perempuan kekal mengatasi murid lelaki dalam bacaan tetapi jurang tersebut terus mengecil kepada perbezzaan 7 mata. Sementara pencapaian dalam matematik pula memperlihatkan lebih ramai murid lelaki berada pada Band tinggi berbanding murid perempuan.
Dengan skor ini, ia tidak sekadar memperlihatkan prestasi pendidikan semasa bersama kumpulan murid terpilih di 158 buah sekolah tetapi turut memperlihatkan peningkatan murid cemerlang, penurunan isu keciciran murid dan memahami latar sosioekonomi murid di pasaran semasa.