Kesan pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dicapai baru-baru ini, ia sekaligus mewajibkan majikan di Malaysia untuk memaklumkan kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Tuntutan ini bagaimanapun dijelaskan PERKESO, hanya akan dilaksanakan setelah mencapai keputusan bersama dengan kumpulan majikan.
Di mana untuk melancarkan pematuhan tersebut, PERKESO akan menawarkan 2 tahun moratorium untuk kumpulan majikan khususnya perusahaan kecil dan mikro (PMKS) bagi menyesuaikan operasi dengan keperluan baharu itu.
Menurut notis PERKESO, maklumkan kekosongan jawatan dan pewujudan jawatan baharu ini dilaksanakan sepenuh secara atas talian menerusi portal MYFutureJobs. Dengan pemaparan jawatan itu, ia sekaligus akan membantu PERKESO mengetahui ketersediaan peluang pekerjaan yang ada di pasaran.
Selain membantu pemaparan peluang pekerjaan lebih telus dicapai, PERKESO melihat tuntutan ini akan menjadi pemudahcara kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan. Dengan data tersebut, ia akan membantu PERKESO melaksanakan pemberian faedah SIP dan membantu pekerja melalui proses padanan pekerjaan baharu yang lebih cekap. Namun memahami tindakan ini memerlukan tempoh yang lebih panjang, maka kelonggaran pelaksanaannya akan diberi sehingga 2 tahun untuk kumpulan majikan.
Langkah pindaan ini jelas PERKESO bukan bertujuan menghukum tetapi untuk menambahbaik ekosistem pekerjaan di Malaysia, selain membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengambilan melalui sokongan medium MYFutureJobs.