Artikel

CIMB: Sistem MyDebit, ATM Dan CDM Akan Tergendala Seketika – Pada 6 Dan 13 Disember Ini

CIMB kini memaklumkan kumpulan pemegang kad debit untuk bersedia berdepan gangguan pada Sistem MyDebit susulan langkah penyelenggaraan akan dilaksanakan pada 6 Disember (Sabtu) dan 13 Disember 2025 (Sabtu) ini.

Tempoh penyelenggaraan itu mengikut notis akan bermula seawal 12 tengah malam dan berakhir selewatnya pada jam 8 pagi.

Tidak hanya langkah penyelenggaraan sistem MyDebit, CIMB turut memaklumkan mesin layan diri melibatkan ATM dan CDM turut akan tergendala pada 6 Disember 2025 (Sabtu) ini pada jam 12 tengah malam sehingga jam 8 pagi. Tindakan itu adalah amalan kebiasaan perbankan dalam menyelenggaraan sistem kewangan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Melalui pemberitahuan ini, diharap pengguna mengambil langkah alternatif dengan merancang transaksi kewangan anda menggunakan saluran berbeza pada tempoh dan masa tersebut. Untuk tindakan lanjut, semua pihak boleh melayari laman CIMB atau hubungi khidmat pelanggan bagi langkah seterusnya.