Artikel

Penyasaran Subsidi Tidak Tambah Hutang Negara, Sebaliknya Jimat RM4 Bilion Setahun – MOF

Tindakan melaksanakan penyasaran subsidi pada pasaran Malaysia, ditegaskan tidak menambah hutang negara. Malah sebaliknya ia memberi penjimatan sehingga RM4 bilion setahun. 

Penjelasan ini menurut notis Parlimen Kementerian Kewangan (MOF) telah membantu pentadbiran negara untuk menstabilkan kedudukan kewangan, di samping keyakinan pelabur lebih tinggi.

Melalui penjimatan itu, ia turut membantu kerajaan meningkatkan perbelanjaan dan agihan sumber kewangan negara ke sektor yang lebih memerlukan. Seperti infrastruktur awam, pembiayaan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.

Julat penjimatan ini turut didasari berasaskan senario harga minyak dunia iaitu antara $60 sehingga $80 setong dan pelaksanaan penghapusan subsidi ke atas kumpulan warga asing, pengguna komersial. Dengan penjimatan ini, ia tidak sekadar memberi kelebihan kepada penduduk negara tetapi turut membantu kecekapan sumber kewangan Malaysia secara berkala di pasaran hadapan.