Artikel

Radiant Korea World Showcase – Buka Laluan 25 PKS Korea Pasarkan Produk Di Malaysia

Seiring dengan populariti produk Korea di pasaran Malaysia – kumpulan Perkhidmatan Pasaran dan Perusahaan Kecil Korea (SEMAS) bersama sokongan Kementerian PKS dan Permulaan Korea (MSS) kini memanfaatkan peluang tersebut dengan melaksanakan pembukaan Kedai Pop-Up 2025 Global Showroom di TRX, Kuala Lumpur bermula 1 Disember sehingga 14 Disember ini.

Kedai pop-up bertemakan The Radiant Korea World Showcase ini menampilkan 25 PKS Korea Selatan yang merentasi dua segmen pasaran utama iaitu K-Food yang berteraskan makanan ringan sihat dan K-Beauty iaitu produk penjagaan kulit serta solekan.

Dengan pameran ini, ia tidak sekadar meluaskan promosi 25 produk Korea tetapi turut bertindak sebagai medium pengukuran kepada permintaan pengguna di pasaran Asia Tenggara. Ini merangkumi maklum balas pengguna berhubung kualiti produk, kesesuaian harga serta pilihan pembungkusan. Dengan data yang terkumpul, ia sekali gus akan membantu 25 PKS terlibat untuk menambahbaik penghasilan produk mereka di pasaran hadapan.