Kesan pertumbuhan yang lebih rendah dan lemah ke atas sebilangan operasi, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kini mencadangkan kerajaan untuk menilai semula prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) untuk pelaksanaan penstrukturan dan penyusunan semula pengurusan.
Ini kerana syarikat berkaitan dilihat tidak memberi pulangan sepadan dengan dana yang dilaburkan ke atas operasi. Situasi ini secara jelas meningkatkan lagi risiko kewangan kepada pentadbiran Malaysia.
Maka untuk tangani persekitaran tersebut, terdapat beberapa syor diusulkan pada sidang Parlimen hari ini, antaranya kontrak setiap syarikat perlu dimuktamad secara menyeluruh sebelum melaksana atau menggunakan sebarang sistem, meningkatkan piawaian dokumentasi, pengauditan awal dan penilaian risiko bagi memastikan displin tugas dapat dicapai serta membantu menghapuskan amalan tidak cekap kesan kelonggaran protokol tadbir urus. Selain itu, setiap projek berskala besar turut perlu dinilai kesan jangka panjangnya ke atas kewangan negara dan ke atas pengguna awam.
Dengan peringatan dan ukuran paras risiko itu, ia sekali gus memberi peringatan akan kemampuan syarikat untuk mencapai pulangan pelaburan yang setimpal tanpa menjejaskan mana-mana pihak lain.
PAC melihat penilaian sedemikian seharusnya dilaksanakan lebih awal, tidak hanya pada projek yang telah alami kegagalan. Dengan syor ini, ia tidak sekadar meningkatkan tahap kecekapan tetapi turut membantu kerajaan mengelakkan kos tambahan serta kerugian kesan kelalaian syarikat.