Bertepatan dengan agenda untuk mengembangkan segmen aeroangkasa – DRB-Hicom kini bercadang membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Spriti Aerosystems Malaysia (Spirit MY) pada harga $110.62 juta. Angka ini untuk makluman lebih tinggi berbanding nilai perusahaan yang disemak sekitar $95.2 juta.
Langkah itu dikemukakan kepada Bursa Malaysia, yang dilihat selari dengan tindakan syarikat di bawah DRB-Hicom iaitu Composites Technology Research Malaysia (CTRM) yang telahpun mencapai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Spirit Aerosystems Inc dan Spirit Aerosystems International Holdings bagi cadang mengambilalih operasi mereka di Malaysia iaitu operasi Spirit MY.
Peralihan kepentingan itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2025 ini – yang mana sekiranya peralihan ini berjaya direalisasikan maka Spirit MY akan menjadi anak syarikat milik penuh CTRM. Peralihan ini secara menyeluruh akan mengukuhkan kedudukan DRB-Hicom bersama sokongan rantaian bekalan aeroangkasa di peringkat global. Buat pengetahuan umum, Spirit MY adalah pengeluar tahap pertama yang menjelaskan urusan rantaian secara terus bersama pengeluar pesawat utama antarabangsa meliputi pemasangan aerostruktur, kejuruteraan dan khidmat rantaian bekalan komponen yang lain.