Western Union kini mengumumkan pelancaran dua premis runcit di pasaran Malaysia setelah 32 tahun beroperasi. Kemasukan ini sekaligus mengukuhkan lagi komitmen mereka selaku penyedia khidmat pengiriman wang antarabangsa di pasaran Asia.
Dengan perkembangan ke Malaysia, Western Union pada notis medianya optimis untuk memanfaatkan peluang pada pasaran baharu ini dengan pengenalan produk serta khidmat kewangan baharu. Di mana pihaknya bermatlamat menjadi pusat sehenti bersama pelbagai khidmat kewangan buat pelanggan Malaysia.
Buat pengetahuan umum, sebelum pengenalan dua premis fizikal di Semenyih dan Bandar Sunway ini – Western Union telahpun menapak di pasaran negara sejak tahun 1993 lagi. Namun kemasukan pada arena kewangan negara ini berlandaskan kepada operasi melalui ejen di l3bih 2,400 lokasi dan aplikasi Western Union. Maka dengan penambahan premis fizikal, ia dilihat menjadi titik penting yang menandakan prestasi Western Union terus meluas pada pasaran Malaysia bersama permintaan yang membrangsangkan kalangan pekerja asing dan keperluan transaksi antarabangsa.