Artikel

Tengku Zafrul Dilantik Selaku Pengerusi MIDA

Setelah menamatkan tugas selaku senator dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2 Disember lalu – Pejabat Perdana Menteri kini memaklumkan Tengku Zafrul dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada hari ini. 

Lantikan ini untuk makluman akan berlangsung selama 2 tahun. Selain menerajui MIDA, difahamkan Tengku Zafrul turut akan diberi beberapa peranan tambahan – di mana kelak akan diperincikan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Menerusi penyertaan Tengku Zafrul bersama pengalamannya pada sektor kewangan dan pelaburan, ia dilihat akan memberi nilai tambah kepada operasi MIDA dalam mengukuhkan lagi peranannya pada arena pelaburan negara.