Dalam usaha mengukuhkan peranan selaku pemain kurier utama di pasaran semasa, Pos Malaysia kini meluaskan perkhidmatan mereka dengan penawaran pengeluaran tunai MyDebit PayNet di pejabat pos.
Perkhidmatan yang dilancarkan di bawah kempen PayNet Cash Out pada minggu ini, sekaligus menjadi penanda kepada satu lagi langkah Pos Malaysia yang dikenali sebagai pengendali pos tradisional kepada hab sehenti moden yang menyediakan pelbagai sokongan perkhidmatan kepada seluruh rakyat negara.
Sebagai perincian kepada akses tersebut, para pengguna perlu menggunakan kad MyDebit semasa untuk membuat transaksi di cawangan Pos Malaysia dan perlu meminta pengeluaran tunai iaitu cash-out. Pengeluaran ini boleh dilaksanakan sehingga RM500. Akses ini turut dijelaskan tiada had minimum yang ditetapkan dan caj setiap transaksi akan dikenakan sekitar 50 sen sahaja.
Adanya akses ini, ia dilihat memberi kemudahan kepada kumpulan pengguna untuk memenuhi keperluan kecemasan mereka khususnya mereka yang berada di luar bandar atau lokasi yang jauh daripada cawangan ATM.
