Ternyata kerajaan Malaysia telah menolak cadangan Bank Dunia, supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran semasa – tindakan penolakan ini adalah selari dengan komitmen negara untuk melaksanakan penyasaran subsidi menerusi program BUDI RON95 (BUDI95).
Program BUDI95 ini menurut penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Negara adalah pendekatan yang paling berhemat dalam membantu kerajaan meraih penjimatan perbelanjaan tanpa memberi bebanan kepada rakyat negara.
Sebagai perincian, Bank Dunia telah mencadangkan agar harga semua petrol dinaikkan kepada RM2.65 seliter dan memberi subsidi khusus kepada kategori tertentu. Perihal ini bagaimanapun ditolak setelah kerajaan meneliti pendekatan terbaik dengan mengekalkan penarafan kadar yang lebih rendah buat rakyat negara menerusi RON95 dengan RM1.99 seliter manakala RM2.60 seliter untuk pengguna asing.