AirBorneo, syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak ini dijangka akan memulakan operasi pada bulan hadapan iaitu Januari 2026.
Sasaran ini selari dengan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan pengambilalihan MASwings yang dijangka muktamad pada 31 Disember ini di bawah Perjanjian Pembelian Saham yang dicapai pada awal tahun ini.
Jelas Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin pada sidang DUN hari ini, setelah proses peralihan mencapai penyelesaian maka AirBorneo akan mulakan operasi dengan menggunakan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.