Tahun 2025 berpotensi melihat prestasi Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih kukuh, dengan jangkaan agihan dividen lebih tinggi diraih sekitat 5.3 sen sehingga 6.0 sen.

Jangkaan ini menurut laporan penganalisis Global Asia Consulting mengambil pendekatan akan prestasi Permodalan Nasional (PNB) yang lebih konsisten dalam tempoh beberapa tahun ini bersama pulangan ASB yang dilihat terus mengukuh berbanding deposit tetap.
Seperti yang umum sedia maklum tahun 2024, menjadi rekod dividen yang kukuh dalam tempoh 5 tahun dengan pengagihan 5.75 sen – yang mana ia menjadi pembayaran tertinggi bersama jumlah agihan melibatkan RM10.1 bilion. Ini antara perincian paras dividen ASB sejak tahun 2020:
- Dividen ASB 2020 – Agih 4.25 sen seunit (+ ehsan 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama)
- Dividen ASB 2021 – Agih 5.00 sen seunit
- Dividen ASB 2022 – Agih 4.60 sen seunit (+ bonus 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama)
- Dividen ASB 2023 – Agih 5.25 sen seunit
- Dividen ASB 2024 – Agih 5.75 sen seunit
Data menjelaskan rekod ini secara langsung menunjukkan prestasi ASB kembali meningkat secara berkala dalam tempoh 3 tahun namun PNB mungkin kekal memuktamadkan keputusan agihan dividen dengan lebih berhati-hati. Berikutan tahun 2025 alami krisis ekonomi yang lebih tinggi menjadikan ruang untuk kenaikan dividen lebih terhad berbanding 2024. Secara menyeluruh pengumuman dividen ASB ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir Disember 2025 ini dengan sasaran pengkreditan dilakukan pada 1 Januari 2026 kelak kepada semua pelabur berkaitan.