Artikel

Menteri Kerja Raya Kini Dipilih, Galas Tugas Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Berkuat kuasa 3 Disember 2025 ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kini diumumkan menggalas tanggungjawab selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

Makluman yang dikongsikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ini setelah meraih keputusan muktamad oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Jumaat lalu.

Peralihan peranan itu berikutan pengunduran Datuk Ewon Benedick yang dilaksanakan pada awal November 2025 lalu. Maka dengan lantikan DS Alexander Nanta Linggi, ini menjadikan beliau selaku Menteri ketiga yang memiliki dua portfolio kementerian pada pentadbiran semasa selepas PM Anwar dan Menteri Amir Hamzah.