Artikel

Intel Tambah RM860 Juta Pelaburan Di Malaysia

Hasil keyakinan yang terus mengukuh di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 – Intel kini mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta kepada Malaysia untuk menjadikan negara sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian jenama.

Komitmen pelaburan tambahan Intel ini dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pertemuan semalam bersama Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation Lip-Bu Tan yang juga merupakan seorang anak Malaysia.

Selain lanjutan pelaburan tersebut, Intel menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran negara khsuusnya pada pembangunan Kilang Pembungkusan Termaju di Pulau Pinang yang melibatkan perbelanjaan modal RM12 bilion dan kini telah mencapai 99% kemajuan. Buat pengetahuan umum, dalam tempoh 2 tahun ini Malaysia telahpun menerima nilai pelaburan RM2.8 juta daripada Intel hasil kerjasama pada institusi pendidikan dan latihan menerusi projek penyelidikan di pasaran tempatan.

Dengan kebersamaan ini, Malaysia dilihat kekal pada landasan yang tepat dalam menjadi negara pilihan selaku hab inovasi. Usaha ini sekali gus meningkatkan lagi ekosistem bakat Malaysia dan mengekalkan jenama tempatan di pasaran global.