Artikel

AEON Style Supermarket Akan Dilancarkan – Sertai Saingan Arena Runcit Premium Di Malaysia

Tidak lama lagi arena pasar raya di Malaysia akan menyaksikan kemasukan peserta baharu iaitu AEON Style Supermarket yang dijangka akan dibuka di Setia Ecohill Mall pada Disember 2025 ini. Pembukaan tersebut menurut notis sekaligus akan meningkatkan saingan pada arena runcit premium di pasaran semasa.

Berdasarkan makluman S P Setia Bhd selaku pengendali pusat membeli-belah ini, pasar raya tersebut akan memenuhi ruang niaga seluas 20,408 kaki persegi.

Buat pengetahuan umum, ketika ini Malaysia telahpun memiliki gedung AEON STYLE di Taman Maluri namun dengan kemasukan AEON Style Supermarket pertama di Semenyih ini – ia sekaligus memperlihatkan strategi AEON untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam segmen runcit premium yang fokus pada barangan segar, import, dan pengalaman membeli-belah yang moden. Format baharu ini akan bersaing secara langsung dengan pemain sedia ada dalam pasaran runcit mewah dengan tumpuan kepada kualiti, yang dijangka memberi manfaat kepada pengguna di sekitar Semenyih dan Bangi.