Pada 2 Disember ini, tamatlah sudah peranan Tengku Zafrul selaku Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI). Berdasarkan penamatan tempoh tugas itu, kini dimaklumkan Tengku Zafrul akan diberi peranan baharu.
Makluman yang dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pelancaran kenderaan elektrik (EV) Perodua QV-E hari ini, dijelaskan pengumuman itu akan diketahui pada 3 Disember 2025.
Buat pengetahuan umum, tindakan ini telahpun diberi bayangan oleh Kementerian Komunikasi pada minggu lalu – bahawa PM Anwar pada mesyuarat jemaah menteri telah memberi bayangan bahawa Tengku Zafrul akan terus membantu pentadbiran biarpun tidak lagi mengalas jawatan selaku Menteri. Langkah ini disokong hasil prestasi Tengku Zafrul yang membrangsangkan pada arena pelaburan negara.