Artikel

PayNet Kini Perkenal Reka Bentuk Papan Berdiri DuitNow QR Baharu

Payment Network Malaysia (PayNet) kini mengumumkan langkah strategik baharu dengan perbaharui reka benuk standee atau papan berdiri DuitNow QR pada pasaran negara – bagi meningkatkan bebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan dipamerkan kepada pengguna Malaysia di mana-mana premis yang menyediakannya.

Pembaharuan itu dijelaskan hanya melibatkan aspek visual tanpa mengubah sebarang fungsi keselamatan DuitNow QR. Menurut notis PayNet dengan visual yang lebih jelas ini ia sekaligus menyelesaikan isu ketidakseragaman paparan DuitNow QR yang berlaku di premis pasaran ketika ini.

Setakat ini pemaparan papan berdiri DuitNow QR baharu ini telahpun dimulakan pada Oktober 2025 lalu dan antara premis peniaga terawal yang memperkenalkannya adalah peniaga secara bersama RHB Bank, Bank Islam, MBSB Bank dan Agrobank. Penambahbaikan paparan visual baharu DuitNow QR ini akan terus diperluaskan secara berperingkat – yang kelak akan disusuli peniaga bersama CIMB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, Ambank, BSN, Bank Muamalat dan bank-bank lain.