Susulan sering tersenarai selaku bandar yang memiliki tahap pencemaran udara yang tinggi, Vietnam sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini – kini mengesahkan akan laksana secara berperingkat larangan motosikal berkuasa petrol memasuki bandar Hanoi pada Julai 2026 kelak. Larangan ini bagaimanapun akan tertumpu pada waktu tertentu sahaja.
Makluman itu berikutan minggu ini Majlis Rakyat Hanoi telah mencapai persetujuan meluluskan kriteria baharu pada pelaksanaan zon pelepasan rendah (LEZ) di bandar Hanoi. LEZ untuk pengetahuan umum adalah zon yang mengenakan sekatan ke atas kenderaan yang menghasilkan pencemaran tinggi.
Buat masa ini tumpuan sekatan terarah kepada penggunaan motosikal sahaja dan melibatkan kawasan pusat bandari di Lingkaran Jalan 1 sebelum diperluaskan kepada bahagian jalan pusat bandar lain serta ke atas semua kenderaan lain.
Berdasarkan perancangan Vietnam, semua motosikal perlu ditukar kepada pilihan mesra alam sebelum 2030 manakala kenderaan teksi baharu atau yang diganti pula perlu ditukar kepada kenderaan elektrik (EV) atau tenaga hijau mulai 1 Julai 2026 ini.