Bermula Januari 2026, Perak akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana hotel serta premis penginapan yang beroperasi tanpa lesen di pasaran negeri tersebut. Denda ini untuk makluman berupaya mencapai amaun maksimum sehingga RM100,000.
Peringatan ini mengikut laporan MalayMail, telah diberikan susulan proses penyelarasan di bawah Enakmen Hotel Perak tamat pada akhir Jun lalu. Sepanjang tempoh penyelarasan selama setahun ini, kerajaan negeri telah memberi kelonggaran untuk penyertaan pendaftaran perlesenan yang sewajarnya. Oleh itu, langkah selanjutnya adalah pelaksanaan tindakan tegas ke atas pengendali yang enggan mematuhi perundangan tersebut.
Pengenaan denda ini untuk makluman adalah selaras dengan Seksyen 3(4), di mana selain amaun denda, pihak yang bersalah juga berpotensi dipenjara sehingga 5 tahun. Dan jika kesalahan yang sama terus berlaku, pihak terlibat akan berdepan denda sehingga RM1,000 sehari.
Melalui penguatkuasaan itu, Perak mahu segmen perhotelan dan penginapan di pasaran negeri kekal beroperasi secara telus, selamat dan profesional bagi meraih pulangan yang baik pada aliran ekonomi.