GentiPrestasi suku ketiga tahun ini, memaparkan untung bersih Genting Berhad alami penurunan mendadak sekitar 86.46% kepada RM30.3 juta sahaja berbanding rekod suku ketiga tahun 2024 dengan prestasi untung RM223.8 juta.
Kemerosotan ini menurut notis Bursa Malaysia, didorong akan pendapatan faedah yang lebih rendah disusuli keuntungan pertukaran asing yang lebih lemah.
Sungguhpun berdepan penurunan mendadak, hasil kumpulan kekal merekodkan peningkatan 14.25% kepada RM7.48 bilion. Pertumbuhan itu disokong akan peningkatan prestasi segmen perhotelan dan riadah yang melonjak 19% secara tahunan kepada RM1.99 bilion.
Sementara prestasi untuk 9 bulan tahun ini, Genting merangkumkan keuntungan bersih merosot sekitar 73.5% kepada RM278.42 juta dengan hasil pula mencatatkan jumlah yang sedikit rendah kepada RM20.77 bilion.
