Artikel

Jabatan Imigresen Tawar Penggantian Pasport Percuma – Buat Mangsa Banjir

Selain kemudahan yang diberikan oleh pihak perbankan, Jabatan Imigresen (JIM) kini turut tampil dengan inisiatif sokongan – iaitu menawarkan penggantian pasport secara percuma buat mangsa yang terkesan disebabkan banjir. 

Penawaran ini menurut JIM terpakai buat kumpulan mangsa banjir yang berdepan kerosakan dokumen atau kehilangan pasport.

Buat kumpulan yang terkesan, penggantian pasport boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan pada mana-mana pejabata imigresen yang berdekata tanpa dikenakan sebarang bayaran. Namun perlu diingatkan, penggantian pasport ini hanya tersedia buat dokumen yang masih sah dan memiliki sekurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh.