Bersempena dengan ulang tahun kedua operasi di Malaysia, GXBank – bank digital yang diterajui Grab kini berkongsikan pelbagai perkembangan kumpulan dan antaranya lebih 1 juta pengguna direkodkan telah memperkasakan kewangan mereka bersama GXbank!
Perkembangan ini hasil sokongan pengenalan akses khidmat kewangan GXBank secara berperingkat melibatkan kemudahan akaun simpanan, kad debit, FlexiCredit, serta pembiayaan perniagaan. Dengan akses tersebut, tahun 2025 memperlihatkan sejumlah 220 juta transaksi telah direkodkan bersama 1.5 juta poket telah diwujudkan pada GXBank.
Prestasi ini secara langsung meningkatkan hasil faedah terkumpul GXBank kepada RM24 juta.
Berdasarkan pertumbuhan itu, menariknya akses FlexiCredit memperlihatkan permintaan yang positif kalangan pengguna Malaysia dengan 600,000 permohonan telah direkodkan sejak ia diperkenalkan pada Februari lalu.
GXBank melihat permintaan ini sebagai saluran alternatif untuk membantu pengguna Malaysia miliki sokongan kewangan yang lebih efektif. Mengikut rekod itu, lebih 50% pengguna FlexiCredit adalah kumpulan yang berpendapatan bawah RM4,000. Selain keperluan khidmat kewangan, GXBank turut melampirkan akses dana bersama komuniti yang memerlukan antaranya Biasiswa Impian Gigih yang telah menaja 18 pelajar cemerlang, program komuniti barangan asas bersama MyDIN dan GoBarakah serta penawaran akses tuisyen percuma secara maya dengan Pandai.
Melihat pada keperluan itu, GXBank optimis untuk terus meluaskan lagi akses kewangan mereka secara berkala dengan penawaran pelbagai ganjaran untuk setiap penyertaan khidmat kewangan serta pembiayaan kepada pemain ekonomi di Malaysia.