Artikel

Pendapatan E-Dagang Malaysia Kini Hampiri RM1 Trilion

Sepanjang 9 bulan tahun ini, prestasi arena e-dagang di Malaysia dilihat terus rancak hasil perbelanjaan yang positif dalam kalangan pengguna negara. Berdasarkan tempoh tersebut, pendapatan e-dagang kini mencatatkan rekodkan RM937.5 bilion. 

Peningkatan 1.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024 ini – menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) telah didorong hasil penyertaan perniagaan dalam arena ekonomi digital semasa. Pertambahan itu sekaligus meluaskan lagi peluang pasaran dan meningkatkan daya saing antara pemain e-dagang.

Selain pertumbuhan e-dagang yang terus stabil, beberapa aspek lain turut membantu meningkatkan sektor ekonomi digital seperti pengukuhan infrastruktur komunikasi dan perluasan penggunaan peranti pintar kalangan penduduk Malaysia.