Tahun lalu memperlihatkan sebanyak 12 daripada 33 konsesi lebuhraya di Malaysia alami kerugian kesan kekurangan trafik.
Kerugian ini dikongsikan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada sidang Parlimen hari ini, menjawab kepada prestasi keseluruhan konsesi lebuh raya di Malaysia. Biarpun tidak memperincikan nilai kerugian yang direkodkan, KKR memberi peringatan kepada pihak yang memiliki minat mahupun cadangan berhubung pembinaan lebuhraya baharu untuk laksana perkiraan yang tepat sebelum mengemukakan cadangan lebuhraya baharu.
Ini kerana sekiranya tidak menguntungkan maka tanggungjawab itu akan dipikul kerajaan untuk menanggung kos kerugian di bawah tindakan mengambilalih. Dan berdasarkan perkongsian itu, antara lebuhraya yang berdepan kerugian pada tahun lalu:
- Lebuhraya KL-Putrajaya Maju Expressway (MEX)
- Lebuhraya KL-Karak (KLK)
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
- Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)
- Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)
- Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
- Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)
- Terowong dan Jalan Pengurusan Air Banjir (SMART)
- Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE)
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)