Tahun 2025 memaparkan prestasi yang positif buat Oriental Kopi apabila meraih keuntungan bersih RM60.75 juta dengan lonjakan 40.9% berbanding tahun 2024 dengan keuntungan RM43.13 juta.
Kedudukan ini mengikut notis kepada Bursa memperincikan sekitar 92.81% disumbangkan oleh rangkaian kafe selaku pemacu utama dengan aktiviti pengedaran dan produk makanan bungkus menyumbang 6.48%.
Dengan prestasi tersebut selari dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026, Oriental Kopi menyasarkan pertumbuhan operasi akan terus alami lonjakan pada tahun hadapan disusuli rancangan membuka 8 cawangan baharu. Setakat ini kumpulan miliki 28 cawangan dengan 25 cawangan di pasaran Malaysia sementara 3 cawangan lagi di Singapura. Lebih menarik, Oriental Kopi juga sedang meneroka potensi untuk perluasan produk makanan bungkusnya bersama pengedar luar.
Usaha ini tidak hanya bertujuan mengukuhkan pasaran domestikan tetapi turut menyokong sasaran jenama menembusi pasaran negara baharu. Dengan komitmen semasa, Oriental Kopi optimis pertumbuhan operasi kekal berdaya saing dan meraih permintaan pasaran yang menggalakkan dalam sektor perkhidmatan Makanan dan Minuman serantau.