Berikutan keadaan cuaca di Malaysia ketika ini memperlihatkan berlakunya hujan lebat di pelbagai negeri – Maybank kini mengumumkan penawaran Bantuan Kewangan Banjir buat semua mangsa banjir melibatkan pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Program ini untuk makluman merangkumi tindakan, penangguhan bayaran balik pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh bayaran balik serta pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih. Seperti penggantian kad debit, kad kredit atau buku cek yang hilang dan rosak disebabkan isu banjir.
Selain itu, program ini turut membolehkan pelanggan Etiqa laksana proses tuntutan yang lebih mudah tanpa memerlukan sebarang borang atau dokumen sokongan.
Maka untuk ketahui maklumat lanjut, Maybank menyeru semua pihak berkaitan layari laman rasmi Maybank dan hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-6688 untuk perincian seterusnya.