Bertepatan dengan matlamat untuk meningkatkan kelestarian pada segmen pelaburan kumpulan – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini dimaklumkan akan kurangkan pegangannya dalam Affin Bank kepada 9% berbanding pemilikan asal sekitar 22%.
Perkongsian Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled ini pada sidang Parlimen hari ini menjelaskan langkah tersebut antara usaha LTAT untuk memastikan agihan dividen kekal maksimum sebagaimana rekod tahun sebelumnya. Dengan penstrukturan secara strategik pada aset pelaburannya di bawah Projek Earth ini, ia dijangka akan mengukuhkan prestasi LTAT di pasaran hadapan.
Selain Affin Bank, pengurangan pengangan pada syarikat utama yang lain turut akan dilaksanakan. Antaranya pengurangan pegangan dalam Boustead Holdings kepada 12%, Boustead Plantations kepada 7% dan Kumpulan Irat kepada 3%.