Pada era serba mudah ini, yang boleh dicapai menerusi sistem digital – AEON Bank dan Zurich Takaful Malaysia kini mengumumkan lanjutan kerjasama dengan penawaran pelan insurans bersama pengguna Malaysia dan menariknya antara produk yang ditawarkan adalah serendah RM5 sebulan.

Terdapat dua produk perlindungan ditawarkan pada kerjasama ini, iaitu Personal Accident Takaful dengan caruman serendah RM5 sebulan – di mana para pengguna akan dilindungi sehingga RM80,000 sekiranya berdepan isu kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal diikuti pelan Term Takaful pula dengan caruman sekitar RM18 sebulan dengan perlindungan sehinggan RM80,000 jika berdepan isu kematian, hilang upaya kekal, kos pengebumian serta manfaat elaun harian hospital.
Kedua pelan perlindungan ini dijelaskan membolehkan pelanggan mengurus perlindungan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon pintar. Pendekatan ini melenyapkan halangan untuk mendapatkan perlindungan dengan menawarkan nilai terbaik dan pengalaman pengguna yang sepenuhnya digital.
Sebagai perincian, ia ditawarkan kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 59 tahun, keseluruhan proses dari pemilihan pelan perlindungan sehingga pendaftaran telah direka untuk menjadi pantas dan mudah, hanya beberapa minit untuk diselesaikan sepenuhnya menerusi aplikasi AEON Bank.