Seiring dengan kemajuan ekonomi digital pada pasaran semasa – kelak pentadbiran negara akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang di Parlimen pada suku pertama 2026.
Komitmen ini telah dikongsikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh pada acara ASEAN e-Commerce pagi ini.
Penguatkuasaan RUU ini penting dalam memastikan penerapan perundangan selari dengan perubahan ekosistem e-dagang yang dilihat kekal drastik di pasaran global. Maka dengan RUU ini, pihak kerajaan optimis tidak hanya memelihara ekosistem ekonomi tetapi melindungi hak peniaga dan pengguna dari sebarang risiko ekonomi digital pada pasaran hadapan.

Sokongan RUU ini dilihat bertepatan dengan pertumbuhan e-dagang sebagaimana yang dilaporkan Google e-Conomy 2025 yang berpotensi membawa nilai lepasi $300 bilion menjelang akhir tahun ini.