Artikel

Maybank Untung RM7.84 Bilion, Prestasi Naik 3.7% – Sepanjang 9 Bulan Tahun Ini

Maybank kekal menunjukkan prestasi yang stabil tatkala berdepan ketidaktentuan cabaran ekonomi di pasaran global. Ini dapat diperlihatkan dengan kedudukan untung bersih meningkat 3.7% secara tahunan kepada RM7.84 bilion. Prestasi dalam tempoh 9 bulan tahun 2025 ini dijelaskan disokong akan aliran pendapatan dana bersih yang lebih baik bersama pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi.

Selari dengan kemajuan itu, hasil operasi Maybank turut meningkat 3.2% kepada RM22.86 bilion. Sementara prestasi secara khusus iaitu pada suku ketiga pula melihatkan Maybank rekod RM2.62 bilion pada perolehan untung bersih.

Secara menyeluruh, prestasi ini didorong hasil pendekatan yang lebih berdisplin diterapkan operasi pada pengurusan risiko kecairan, pembiayaan dan risiko kredit. Maybank turut memaklumkan pihaknya akan terus memacu pertumbuhan operasi dengan mengekalkan kedudukan modal yang kukuh serta merangka strategi yang lebih baik dalam menangani risiko sekiranya berlaku perubahan pada persekitaran operasi.