Artikel

Akta Kredit Pengguna, Antaranya Atasi Risiko BNPL – Disasar Berkuat Kuasa Pada Suku Pertama 2026

Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) menjangkakan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 yang memberi perlindungan berhubung kawalselia caj keterlaluan dan amalan hutang yang beretika – berpotensi dikuat kuasakan pada suku pertama 2026. 

Buat masa ini mengikut laporan, CCOB masih menunggu semakan pewartaan RUU tersebut seterusnya barulah tumpuan pada penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna dilaksanakan. Dengan akta ini ia akan mewujudkan pemberi kuasa baharu dengan membolehkan kerajaan memberi lesen kepada penyedia kredit bukan bank. Ini termasuklah Beli Nanti Pakai Lekas (BNPL) yang ketika ini beroperasi tanpa sebarang kawalselia pada mana-mana pihak berkuasa.

Maka dengan penguatkuasaan akta, satu garis perlindungan menyeluruh dapat dilaksanakan untuk memastikan penyedia kewangan terlibat beroperasi secara telus dan adil bersama pengguna tanpa menjejaskan kapasiti kewangan mereka.

Setakat ini jumlah pengguna aktif BNPL telah meningkat hampir 6.5 juta pengguna untuk separuh pertama 2025 dan 70% daripada pengguna BNPL adalah kalangan mereka yang berpendapatan bawah RM5,000, sementara 40% pengguna adalah kalangan orang muda. Oleh itu, wajarlah akta ini direalisasikan demi memelihara kesejahteraan kewangan penduduk Malaysia.