Affin Bank hari ini mengumumkan perancangan mengambil alih Pheim Asset Management (Pheim AM) pada harga RM50 juta secara tunai.
Makluman yang dikemukakan penasihat bank tersebut Affin Hwang IB melalui kenyataan di Bursa Malaysia ini, menjelaskan tindakan itu telah dicapai melalui perjanjian jual beli saham bersyarat (SPA) melibatkan 5,000,000 saham biasa yang mewakili keseluruhan kepentingan ekuiti Pheim AM.
Sekiranya peralihan ini berjaya direalisasikan, maka umum akan menyaksikan keseluruhan anak syarikat Pheim AM termasuklah Pheim Islamic Asset Management dan Pheim Unit Trusts menjadi anak syarikat milik penuh Affin Bank.
