Artikel

Big Caring Dilaporkan Tinjau Laksana IPO – Pada 2026

Setelah meraih kepentingan Caring Pharmacy pada tahun 2023, kini Big Caring Group dilihat dalam pertimbangan untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2026. 

Mengikut laporan Bloomberg, langkah penyenaraian rangkaian farmasi ini dilihat akan meletakkan sasaran penilaian setinggi RM20 bilion ($4.8 bilion). Dengan nilai tersebut, kumpulan dianggarkan dapat mengumpul sekitar RM6 bilion menerusi IPO.

Berlandaskan prestasi penyenaraian pada tahun ini, kira-kira RM5.2 bilion telah berjaya dikumpul oleh semua syarikat yang telah disenaraikan di Bursa dan jika Big Caring dapat mencapai abggarab pengumpulan RM6 bilion itu maka – menjadikan ia sebagai antara penyenaraian terbesar di Malaysia dalam beberapa tahun ini.