Artikel

TH: Lebih 5 Juta Pendeposit Kekal Miliki Simpanan Bawah RM1,300 – Tidak Lepas Daftar Haji

Dalam usaha memperbaharui institusi tabungan umat Islam di Malaysia, menjadi lebih relevan di pasaran semasa – Tabung Haji (TH) melihat keperluan ini penting untuk meningkatkan semula paras simpanan individu pendeposit yang dilihat masih rendah.

Mengikut perkongsian Menteri Hal Ehwal Agama pada notis Parlimen, setakat ini sekitar 5.1 juta pendeposit TH (53%) daripada 9.7 juta pendeposit memiliki simpanan bawah RM1,300. Angka ini secara jelas tidak mencukupi untuk melaksanakan daftar haji.

Dan seperti yang sedia maklum, 50% jemaah haji tahun 2025 yang terpilih telah menolak tawaran tunai haji atas faktor berdepan isu kewangan.

Situasi ini sekaligus menuntut keperluan TH untuk membantu pendeposit meningkatkan semula paras simpanan mereka dan menarik lebih ramai pengguna Islam yang lain melalui pembaharuan penjenamaan TH. Berdasarkan komitmen itu, TH memperuntukan RM5.9 juta kepada syarikat konsortium perunding untuk matlamat tersebut bagi tempoh 3 tahun. Buat pengetahuan umum, sebagaimana dana ini dijelaskan merangkumi peruntukan bajet tahuunan yang diraih TH, bukan dari pihak lain.